SHARE

Zaman sekarang ni akses kepada ilmu tiada batasan. Terasa nak tahu apa saja anda boleh terus search di internet. Sungguh mudah.

Ini membolehkan kita menambahbaik diri dengan pelbagai bidang ilmu. Pelbagai website wujud untuk bantu anda dengan kos yang rendah dan banyak juga yang percuma.

Berikut adalah beberapa senarai website yang akan jadikan anda lebih bijak.

 

Khan Academy

website ini akan jadikan anda lebih bijak khan academy

Untuk anda yang berminat mempelajari subjek atau topik seperti di universiti, website ini adalah tempat yang patut anda tuju. Ratusan subjek menarik disediakan. Anda cuma perlu daftar dan boleh terus mula kursus tersebut. Yang bagusnya Khan Academy akan menilai perkembangan semasa anda.

 

Duolingo

website ini akan jadikan anda lebih bijak duolingo

Website ini khusus untuk sesiapa yang nak belajar bahasa. Antara bahasa yang ditawarkan adalah Spanish, Jerman, Portugis, Irish dan Vietnamese. Khusus ini percuma dan anda akan belajar bercakap dan menulis selama beberapa bulan.

 

Brain Pump

website ini akan jadikan anda lebih bijak brainpump

Di Brain Pump, anda boleh belajar tentang teknologi, kimia, sains, makanan dan bermacam lagi setiap hari.

 

MIT Open Courseware

website ini akan jadikan anda lebih bijak MIT Open Courseware

Sesiapa yang pernah berangan nak belajar di Massachusetts Institue of Technology, antara universiti yang tersohor di dunia dah boleh timba ilmu di website ini. Antara usaha murni pendidik di MIT untuk berikan pendidikan percuma kepada orang awam. Berjuta pengguna telah mendapat manfaat dari kursus dalam talian MIT.

 

Quora

website ini akan jadikan anda lebih bijak quora

Anda ada soalan dan perlukan mereka yang pakar dalam bidang tersebut menjawabnya?. Quora adalah platform yang paling sesuai untuk anda ajukan. Ramai pakar dan orang-orang terkenal berada disini.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY