SHARE

Bagi orang yang bermata empat seperti saya, kekurangan (rabun) ini sedikit sebanyak mengganggu kehidupan seharian.

Tentu sesiapa yang pakai cermin mata pernah mengalami keadaan seperti cermin mata dibasahi hujan atau lensa cermin mata yang mudah kotor.

Itu belum lagi tak nampak bila cari spek sendiri tak jumpa.

Huh. Payah kan.

 

Nasib baik ada beberapa trik mudah untuk bantu anda.

 

Letakkan sedikit cat ‘Glow In The Dark’ pada bekas spek supaya senang cari ketika gelap

cat-glow-in-the-dark
Imej : Mashable

Antara masalah orang yang rabun adalah susah untuk mencari spek, lebih-lebih lagi dalam keadaan gelap. Dah cat ‘glow in the dark’ mudahlah nak cari dalam gelap.

 

Ikat getah pada botol sabun untuk senang bezakan

ikat getah botol
Imej : Container

Ketika mandi pastinya tidak pakai spek. Bagi yang rabun teruk kadang kala susah nak bezakan botol syampoo dan sabun.

P/S : Tak perlu guna getah seperti diatas. Guna getah pengikat biasa pun boleh.

Yang ini lagi senang, gantung terus pada dinding.

getah gantung boto;
Imej : Friendsbs

Bijak kan!

 

Elakkan spek menggelungsur dengan pengikat rambut

elak spek menggelungsur
Imej : Lifehacker

Bila muka berpeluh biasanya spek akan menggelungsur turun dari hidung. Jika dirumah ada pengikat rambut lebih, ikatkan pada spek. Gerenti tak gerak. Yang bagusnya tak nampak pun sebab ia dibelakang telinga.

 

Cuci guna krim pencukur untuk elak dari cermin berkabus

cuci spek dengan krim pencukur

Krim pencukur bukan hanya untuk bercukur saja tau. Gunakan krim pencukur untuk bersihkan cermin mata anda setiap kali kotor. Ia akan membentuk lapisan perlindungan yang dapat elakkan dari cermin berkabus.

 

Lap cermin dengan kain micro-fiber

lap spek microfiber
Imej : Pixabay

Jangan guna kain baju anda untuk lap cermin spek kerana selalunya ia dipenuhi habuk dan akan mencalarkan cermin.

Cara paling bagus untuk lap cermin adalah dengan gunakan kain microfiber. Ia boleh dibeli di kedai optikal. Tapi pastikan kain microfiber yang digunakan itu bersih. Kalau tak bersih tak guna juga.

 

Cari barang guna phone

cari barang guna phone
Imej : Mashable

Untuk orang yang rabun dekat (myopia), nak cari barang bila tiada spek memang sukar. Nasib baik kamera phone dapat membantu. Gunakan ia sebagai alat bantuan ketika cari barang.

 

Hilangkan calar guna ubat gigi

hilangkan calar guna ubat gigi
Imej : WikiHow

Ubat gigi memang banyak kegunaannya. Kalau lensa spek anda calar, cuba sapu ubat gigi untuk hilangkan calar tersebut.

BACA JUGA : Hilangkan calar pada kereta dengan ubat gigi

Trik bonus :

Betulkan pad hidung dengan letakkan pada permukaan rata

betulkan pad hidung spek
Imej : Glass2home

Letak spek anda pada permukaan rata. Posisikan spek dalam keadaan terbuka. Tekan lengan spek sehingga ia sama kedudukannya.

Berapa banyak trik diatas yang telah anda cuba?. Kongsikan diruangan komen dibawah.

 

Sambil itu trik mana yang jadi pilihan anda…

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY