SHARE

Pernah tak anda buat pelbagai kerja tapi akhirnya langsung satu kerja pun tak siap?. Ataupun lalui situasi dimana anda sibuk browsing atau scroll facebook tanpa sedar yang dah berjam masa terbazir.

Ramai antara kita pernah laluinya kan. Mungkin sekarang ini pun kita sedang lakukan perkara yang sama.

Jadi apa yang boleh kita buat untuk atasi perkara yang sama dari berulang lagi?.

Memperkenalkan Teknik Pomodoro.

 

Apa itu Teknik Pomodoro?

Pernah dengar tak Teknik Pomodoro?. Teknik Pomodoro ini membantu pengamalnya kekal fokus dan segar yang mana membolehkan sesuatu projek disiapkan dalam tempoh masa yang cepat tanpa memenatkan mental.

Prosesnya mudah. Dalam menyiapkan sesuatu projek anda cuma perlu peruntukkan masa bekerja dan masa rehat. Anda buat kerja untuk 25 minit kemudian berehat sekejap selama 5 minit.

Selepas Pomodoro yang keempat (100 minit masa bekerja dan 15 minit rehat), ambil masa rehat yang lebih lama, dalam 15-20 minit.

Setiap kali Pomodoro (25 minit masa bekerja, 5 minit masa rehat), anda tandakan ‘X’ pada worksheet Pomodoro.

Mengapa dipanggil Teknik Pomodoro?

Asal nama ‘Pomodoro’ ini adalah dari perkataan Itali yang bermaksud Tomato. Ini kerana pengasas Teknik Pomodoro, Francesco Cirillo selalu menggunakan jam dapur berbentuk tomato untuk memantau masa masakannya.

Bagaimana teknik ini dapat membantu anda?

Teknik Pomodoro ini sangat mudah diaplikasi. Ia dapat bantu tingkatkan produktiviti dengan serta-merta.

Elakkan ‘Burnout’

Rehat dengan kerap akan bantu minda anda lebih cergas dan fokus. Anda pasti sukar untuk terlebih kerja jika gunakan sistem ini dengan betul.

Menguruskan gangguan

Teknik ini dapat mengelakkan kita dari gangguan lain, tak kira sama ada mesej Facebook mahupun semak email ketika menyiapkan tugasan. Kita dapat menyusun tugasan mengikut kepentingan atau kadar segera.

Seimbangkan kerja dan hidup

Kadang kala kita akan rasa seperti hari kita tidak produktif. Menggunakan Teknik Pomodoro membantu anda susun jadual kerja dengan efektif, membolehkan anda luangkan masa lapang

 

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY