SHARE

Standard Charterd KL Marathon, 7.8.2016

Tarikh ini sangat bermakna kerana buat pertama kalinya aku sertai acara larian marathon. Dah lama sebenarnya aku impikan untuk habiskan larian sejauh 42.195 KM ini. Ini antara azam aku apabila berhenti merokok dulu. Akhirnya dapat juga aku lakukan.

Mungkin bagi sesetengah orang, tiada apa yang istimewa pun lari marathon ni. Namun bagi aku ini merupakan satu pengalaman hidup yang bermakna. Larian banyak mengajar tentang diri dan juga kehidupan, yang mungkin tak tahu wujud dan bahagian diri yang anda tidak mahu lagi lihat.

Jika anda tanya aku, lari marathon adalah pengalaman paling awesome, menguji fizikal dan mental.

Aku simpulkan beberapa perkara yang dapat aku belajar.

 

Pelajaran #1 : Segalanya dalam hidup perlukan pengorbanan

Untuk lari sejauh 42KM, ia memerlukan persediaan rapi. Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum. Tak boleh main lari saja. Kalau tak bukan saja menyeksa diri malah mungkin akan dapat kecederaan.

“tiada jalan mudah melainkan disiplin yang tinggi, komitmen yang berterusan & kerja keras”

Perkara paling penting nak lari marathon ini adalah latihan. Disebabkan 80% dari latihan marathon adalah berlari (tingkatkan milage). Kenalah curi masa, lari tak kira pagi, petang atau malam. Contohnya semasa Ramadhan, terpaksa lari waktu malam. Hujung minggu pula long run. Kadang-kadang sampai isteri pun merajuk.

Persediaan lain pula dari segi pengetahuan. Kena banyak belajar, dari pembacaan dan bertanya pada seasonal runner. Aspek latihan, nutrisi, recovery dan sebagainya.

Namun yang pastinya, pengorbanan ini sungguh berbaloi. Nak tahu bagaimana rasanya?. Cuba sertai marathon 🙂

 

A photo posted by Yusof Yaakob (@yusofyaakob) on

Pelajaran #2 : Kesakitan hanya sementara

Dalam marathon, ada ketika anda akan mulai rasa sakit. Lebih-lebih lagi bila KM30 keatas. Masa ini badan anda mula rasa letih, segala karbohidrat yang dimakan mulai habis. Ingat kembali kenapa anda sertai. Kuatkan semangat.

Cuba fikirkan perkara-perkara yang menggembirakan. Ingat orang tersayang untuk divert kepenatan dan kesakitan tersebut.

Nanti bila sampai ke garisan penamat langsung dah lupa kesakitan tersebut.

 

A photo posted by Yusof Yaakob (@yusofyaakob) on


Pelajaran #3 : Setinggi mana pun bukit itu, pastinya akan turun juga

Route SCKLM 2016 ini, penghujungnya baru masuk laluan berbukit Bukit Tunku. Bayangkan awak dah la penat, kaki dah mula cramp kena pula naik bukit. Memang sedikit menyumpah la. Haha. Tapi selepas tu laluannya mudah saja.

Dalam hidup kita pun, ada masa kita akan diuji dengan kesukaran. Terus positif. Usah mengeluh. Insyaallah selepas setiap kesukaran akan ada kemudahan.

 

Pelajaran #4 : Enjoy the moment (and also the view)

42KM adalah satu perjalanan yang jauh. Kita akan lalui banyak tempat. Mungkin ada antara tempat itu kita tak pernah lalu. Dari kita sibuk fikirkan kesakitan (mahupun penat) baik kita enjoy pemandangan tempat tersebut.

Dalam setiap apa yang kita lakukan, bila kita lakukan perkara tersebut dengan gembira, hasilnya kita akan puas hati.

Anggaplah moment dan view ini sebagai reward atas kesusahan anda.

 

A photo posted by Yusof Yaakob (@yusofyaakob) on

Poyo dok tayang sijil. Okay la tu kan untuk first timer, walaupun timing ke laut. Secara keseluruhan sangat puas hati.

Apa yang aku lalui ini menunjukkan semua orang boleh lakukan (aku aktif dalam running tak sampai setahun). Anything is possible. Yang penting kena ada kemahuan yang kuat (dan juga latihan yang konsisten).

Alhamdulillah. Satu lagi bucket list berjaya dibuat!

 

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY