SHARE

Bagi kebanyakan orang, pengetahuan tentang tayar tidak begitu dititikberatkan sehinggalah tayar itu pancit atau perlu ditukar.

Tayar biasanya perlu ditukar apabila capai tempoh 2 tahun atau apabila bunga tayar telah haus.

Tahu tak betapa pentingnya tayar dijaga dengan betul, kerana ia dapat panjangkan hayat tayar, bantu jimat minyak, pelihara keselamatan kenderaan dan membolehkan anda nikmati keselesaan dalam perjalanan.

Untuk tahu lebih lanjut tentang tayar, berikut beberapa panduan yang boleh dijadikan rujukan.

Panduan Beli Tayar Kereta

Maksud Kod Pada Tayar Kereta

kod tayar kenderaan

185 – Lebar (W) dalam unit milimeter, mm

65 – Nisbah aspek (untuk mengira tinggi / ketebalan tayar, H dalam unit milimeter mm)

R – Radial

13 – saiz / diameter rim (R) dalam unit inci

91 – Had maksimum bebanan

H – Had maksimum kelajuan (H = 210 km/jam).

Rujuk carta dibawah untuk had kelajuan lain.

carta abjad had kelajuan tayar

Tarikh Tayar Dikilangkan

tarikh tayar dikilangkan
Sumber gambar : gedungsinarsihat.blogspot.my

Tayar hanya boleh digunakan dalam tempoh 2 tahun selepas dikilangkan. Sekiranya tayar anda telah sampai tarikh luput, segera tukar tayar baru kerana getah tayar tersebut telah keras.

Cara nak baca :

Tahun tayar diatas 1604

  • 16  bermaksud minggu ke 16. Dalam 1 tahun ada 48 minggu. Jadi minggu 16 adalah bulan Februari.
  • 04 bermaksud tahun 2004.
  • Maka tarikh tayar ini dikilangkan adalah Februari 2004.
  • Tarikh luput tayar adalah Februari 2006, iaitu 2 tahun selepas dikilangkan.
  • Jika tayar sudah melebihi 52 minggu, jangan beli !

Jenis Tayar

Tayar Directional (Berbentuk V)

 

tayar bentuk VDikenali sebagai tayar basah atau tayar hujan. Ia baik dalam keadaan basah kerana rekaan tayar ini membantu pengaliran air keluar seterusnya mengelakkan kereta hilang kawalan ketika melalui lopak air. Keburukan tayar ini adalah ia mengeluarkan bunyi yang agak bising.

Tayar Symmetrical

tayar symetricalTayar jenis ini lebih senyap. Biasa digunakan pada kebanyakkan kereta. Sesuai bagi mereka yang mementingkan keselesaan, kelancaran dan bunyi yang senyap. Tayar jenis ini tahan lebih lama dan boleh di-rotate dengan pelbagai cara.

Tayar Asymetrical

tayar asymetrical

Tayar jenis ini biasa didapati pada kereta sport atau berprestasi tinggi. Merupakan gabungan beberapa corak tayar untuk cengkaman maksimum dalam keadaan basah mahupun kering.

Tayar Directional/Asymmetrical

tayar directional asymmetrical

Tayar ini adalah tayar terbaik untuk dua keadaan, basah juga kering. Bentuk V membantu buang air dari tayar dan bentuk asymmetrical membantu cengkaman dalam keadaan kering.

Harga

Saya ni kalau nak tukar atau beli apa-apa sangat pentingkan bajet. Jadi selalu bandingkan harga (dengan harapan dapat deal terbaik). Website yang bagi saya bagus untuk rujuk harga semasa tayar adalah mytayar. Senang boleh lihat harga total beserta GST dan kedai/workshop yang menawarkan servis tersebut.

Sekarang anda dah tahu beberapa panduan penting tentang tayar. Harap ia membantu anda untuk membeli tayar kereta dan mengelakkan dari ditipu.

Rasa artikel ini bermanfaat?. Kongsikan dengan keluarga dan rakan.

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY