SHARE

Dunia hari ini mempunyai banyak kemudahan yang dicipta untuk menjadikan hidup ini lebih ringkas. Sepatutnya ia membantu, tetapi pada kebanyakan masa ia menjadikan hidup ini lebih rumit.

Hidup ini tidak rumit. Yang merumitkan adalah diri kita sendiri. Apabila kita berhenti melakukan perkara yang salah dan mula lakukan apa yang sepatutnya. Hidup akan jadi ringkas.

Apa itu hidup ringkas?

Setiap individu mempunyai definisi dan makna tersendiri tentang hidup ringkas. Bagi saya, ia bermakna membuang segala komplikasi dalam hidup supaya lebih masa dapat diluangkan dengan orang yang tersayang dan buat apa yang kita suka.

Untuk bermula, 2 perkara penting yang patut kita faham :

  1. Pilih apa yang paling penting untuk diri
  2. Buang perkara lain yang tidak penting sebanyak yang boleh

Nasihat ini tidak akan berguna jika kita tidak memahami konsep ini untuk digunakan dalam segenap aspek kehidupan. Untuk jadikan ia mudah, saya senaraikan dalam bentuk point.

Dalam kita nak mulakan langkah pertama untuk hidup ringkas, beberapa penyesuaian perlu dilakukan. Antaranya :

Susun Semula Hidup Anda

Perlahankan perjalanan hidup. Kita hidup dalam zaman segalanya perlu pantas. Asyik nak cepat saja sampaikan kita tidak sedar betapa cepatnya masa berlalu.

Berhenti sekejap.

Ada masanya kita perlu berhenti berehat. Tidak perlu tergesa-gesa. Kemudian sambung semula tugasan yang perlu dilakukan. Ia lebih produktif.

Elakkan dari multi-tasking. Dah cliche sangat segalanya nak multi-task. Kalau diperhatikan betul-betul, sebenarnya kualiti kerja kita akan menurun bila melakukan banyak kerja sekaligus. Sebab tidak fokus.

langkah-pertama-untuk-hidup-ringkas

 BACA JUGA : 7 Cara Untuk Hidup Ringkas

Kurangkan komitmen. Semak semula jadual anda. Tandakan mana yang dah selesai. Mulai sekarang dan ke hadapan, hanya lakukan perkara yang anda benar-benar perlu. Berhenti katakan ‘Ya’ untuk segalanya. Memang susah tapi ini penting untuk ringkaskan hidup anda.

Bezakan keperluan dan kehendak. Tidak perlu untuk berbelanja menunjukkan status hidup. Contohnya memakai pakaian berjenama mewah.

Matlamat kita adalah untuk kurangkan lebihan perbelanjaan agar tidak terikat dengan kekangan kewangan.

Setiap kali anda nak beli phone yang terkini walaupun yang sedia ada masih elok. Katakan TIDAK pada diri dan katakan YA untuk hidup ringkas.

Cari kepuasan diri dengan habiskan masa dengan keluarga dan rakan-rakan, nikmati keindahan alam sekitar atau buat sesuatu dengan kedua tangan seperti berkebun.

 

Buang barang-barang yang tidak perlu. Jika anda nak hidup ringkas, susun kembali barang-barang di rumah. Buang atau sedekahkan mana yang tidak lagi digunakan.

  • Ambil masa dalam 10 minit untuk semak kembali keadaan sekeliling anda.
  • Gunakan hujung minggu atau hari cuti kemaskan almari baju atau bilik stor.
  • Susun barang dalam 3 kategori; simpan, sedekah dan buang. Sedekahkan pada badan kebajikan atau mereka yang memerlukan dapat beri peluang anda buat kebaikan.
Jadi langkah mana satu yang anda dah buat?. Apa kesan terhadap hidup anda?. Kongsi pengalaman anda diruangan komen.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY