SHARE

Nota Penulis : Post ini asalnya ditulis oleh isteri saya, Nadira Mahidan tentang pengalaman bersalin anak kedua kami di blognya menggunakan teknik bersalin tanpa sakit Hynobirthing. 

‘Allah tidak akan membebankan hambanya dengan beban yang tidak tertanggung olehnya. Allah memberikan sesuatu sesuai dengan kesanggupannya’ .
[nadiramahidan: 2012]

Berbanding dengan kelahiran yang lalu, sepanjang mengandung kali kedua ini aku banyak menggali ilmu-ilmu berkaitan bersalin. Pengalaman pertama cukup serik buatku. Semua takdirku serahkan bulat-bulat kepada nurse dan doktor. Maklumlah bak kata orang tiada pengalaman bersalin dan sangkaanku BERSALIN itu MESTI SAKIT, MESTI MACAM NAK PUTUS NYAWA dan MESTI TRAUMA. Aku cuba google mana lah tahu ada cara bersailn yang kurang sakit.

Oh ya, bersalin yang pertama aku di-induce. Jadi pada yang pernah merasa induce boleh bayangkan bagaimana sakitnya contraction tanpa henti sehinggalah tiba waktu meneran.

Akhirnya aku terjumpa pasal hypnobirthing dalam blog seseorang, aku pun dah tak ingat. Dalam entri tu dia mencadangkan untuk dapatkan buku Hypnobirthing: The Morgan method.

hypnobirthing the morgan method

Dalam buku tu terkandung juga sekeping CD relaxation untuk visualization dan breathing dalam membantu proses bersalin. Boleh didapati di MPH online dengan harga RM72.20. After less 20% dapat RM57. Sila lah beli untuk ibu-ibu yang serius ingin bersalin secara normal.

Sejak dari hari tu, aku pun membaca dan memahami teknik-teknik yang ada dalam buku tersebut. Sebenarnya hypnobirthing ni ada kelas tapi aku tak sempat nak mengikutinya memandangkan kelasnya 5 minggu, seminggu sekali. Selain dari buku, aku belajar teknik breathing dan visualization hypnobirthing ni dari Youtube.

Jadi disarankan untuk menghadiri kelas supaya lebih jelas dan diajar oleh practitioner yang bertauliah. Aku belajar sendiri. Maka mestilah ada kesilapan yang aku buat masa bersalin hari itu. Lepas ni nak pergi kelas tu betul-betul belajar baru puas hati.

Bagi membantu untuk fokus, aku praktikkan 3 jenis breathing (sleep, baloon & birth)

1. Sleep breathing – tarik nafas 1-10 dan lepaskan dalam kiraan 10-1. Ini bertujuan untuk supply oksigen yang cukup kepada baby. Jika kita tidak bernafas dengan betul, kita akan jadi gelabah dan takut. Jadi cuba bertenang bila cotraction datang.

2. Baloon breathing: tarik nafas dalam dengan kiraan 1-20. Bayangkan perut kita seperti belon,tiup sampai belon tu besar dan hembuskan ke dalam. Bukan keluar melalui mulut, tetapi lepaskan kedalam belakang tekak kita seperti dalam keadaaan berdehem. Hembus ke dalam smbil menutup mulut. Dengar sound of the breath. Dengar pernafasan sendiri macam senaman Yoga.

Bila surge datang, hembus dengan kiraan 1-20. Tangan, bahu, badan semua mesti rileks. JANGAN genggam tangan, menahan nafas, keraskan badan (fight-fight, freeze) . Ini akan membuatkan vagina kita lebih ketat dan seterusnya melambatkan bukaan dan melambatkan kelahiran.

Fikirkan LET IT GO!.. LET IT GO!. Jangan fokuskan surge itu, tapi fokuskan pada pernafasan. Kalau boleh tidak perlu tengok jam nanti akan mengganggu fokus.

Ekspresi muka: muka jangan berkerut. Rahang kita ada kaitan dengan pembukaan serviks kita. Buat muka ketat, serviks kita pun akan mengetat. Muka senyum.

Bila surge itu datang, aku akan tarik nafas dalam-dalam, dan menggerakkan kepalaku kiri dan kanan, tangan letak kat sisi. Kaki luruskan. Badan bersandar ke dinding sambil membaca dalam hati affirmation.

My body is strong! I am a strong mother! My baby is good!

3. Birth breathing : Tarik nafas dalam-dalam dalam kiraan 1-20 dan lepaskan kedalam dengan menutup mulut, bayangkan vagina seperti sekuntum bunga yang kelopaknya terbuka. Latihannya seperti kita membuang air besar dan kita jangan meneran tetapi breath out the shit. Cubalah! pasti tak buasir.

Hypnobirthing memerlukan latihan dan pasti tidak boleh diaplikasi jika kita culas untuk praktikkan setiap hari. Mindset kita bergantung kepada apa yang kita faham tentangnya. Jadi mulakan praktis 2-3 bulan sebelum EDD.

Jangan Takut !

Kebanyakan ibu yang bakal bersalin sering dimomokkan dengan pengalaman yang mengerikan, kesakitan yang maha dasyat sampaikan minda kita penuh terisi dengan pengalaman negatif orang sekeliling. Ia akan menimbulkan ketakutan dalam minda sedangkan kesakitan itu boleh dikawal.

Apabila ketakutan bersalin timbul, maka tension, stress pun datang. Ia menambahkan lagi kesakitan yang datang dan menghalang hormon Endorphin iaitu hormon yang mengurangkan rasa sakit bersalin. Hormon itu boleh didapati dengan cara senyum ketawa, cerita lawak, seks (selepas klimaks) dan sebagainya. Seks pula menyumbangkan hormon Oxytocin iaitu menggalakkan uterus berkontraksi.

Nak tahu?. Penangan hynobirthing ini, ia bukan saja memberikan ketenangan kepada si ibu, tapi juga kepada birth partner (suami). Bila kita tenang, kita tak rasa takut.

When fears happen, it create tense, when tense it create pain. When it pain, our body fight, fight and then freeze.

Bila kita melawan contraction, ini akan memanjangkan proses kelahiran. Wajah akan penuh ketenangan sampaikan orang tak percaya kita sedang berada dalam active labour.

Begitulah pengalamanku bersalin kali kedua with PAINLESS LABOUR.

Bagi yang ingin bersalin dan akan bersalin buat kali pertama, kedua, ketiga dan seterusnya, aku amat-amat menggalakkan untuk pergi ke kelas Hypnobirthing. You can change the perception of labour itself.

Fahamilah dan yakinlah dengan kekuatan tubuh badan anda bahawa anda mampu menghadapi proses kelahiran yang sangat indah untuk dikenang. Jangan baca entri ini sahaja. Banyakkan membaca. Take action now! Better late than never! Good luck! 🙂

Video Hypnobirthing : Mariah hypnobirthing

Soalan Yang Kerap Ditanya

Bagaimana aku menjumpai hypnobirthing ni?

Hasil google dari blog-blog
Website Hypnobirthing
Gentle birthing
Buku parenting

Siapa yang support aku pasal hypnobirthing?

Suami. Pada mulanya dia pun tak faham, bila dah selalu bercerita barulah dia boleh bayangkan. Aku target sakit bersalin dalam masa 4 jam. Tercapai. (4 jam dari active labour hingga bersalin)
Diri sendiri. Kemahuan yang kuat untuk bersalin dalam masa yang singkat .

Apa rahsia tak rasa sakit?

Divert rasa sakit kepada perkara lain dengan visualization dan breathing.
Hormon Endrorphin – mengurangkan rasa sakit.

Pantang larang hypnobirthing?

Don’t fight with your body.
Don’t freeze. Let it go.
Don’t practise last minute. Tak kan jadi. It’s all about mindset

Apakah faedah hypnobirthing?
  • Minimakan risiko di c-zer.
  • Memaksimumkan kelahiran secara normal (SVD)
  • Mengelakkan penglibatan ubat-ubatan seperti induction, epidural dan sebagainya
  • Mengelakkan episiotomi, selepas bersalin boleh jalan tanpa terkepit-kepit.
  • Mengurangkan rasa sakit dan trauma selepas bersalin
  • Melahirkan bayi yang tenang dan rileks kerana ibunya rileks.

 Download Hypnobirthing Affirmation & MP3 Rainbow Relaxation

Shortform

BP – Blood pressure
Surge = contractions
GBS – group B streptococcus
VE – Vaginal examination
CTG – Cardiotography
SVD – Spontaneos Vaginal delivery
Induction – bersalin dengan bantuan ubat seperti cyntocin untuk memulakan kelahiran
Active labour – bukaan semakin besar dan kontraksi semakin kerap dan berpanjangan dari 60-90 saat.
EDD – Estimated Date of Delivery
Vaginal swab– sejenis ujian terhadap vagina dengan mengambil sedikit cecair dari dalamnya untuk mengenal pasti jangkitan. Ujian tersebut dibuat dengan menggunakan cotton bud
Oxytocin – hormon yang menggalakkan contraction
Endorphin – hormon yang mengurangkan rasa sakit
Penisilin – sejenis antbiotik yang didapati dari kulat penisilium untuk merawat jangkitan dibeberapa bahagian tubuh
Cyntocin/ Syntomentrine – hormon sintetik seperti oxytocin untuk mencetuskan kontraksi samada semasa bersalin ataupun mengeluarkan plasenta.

 Sumber Rujukan

Hypnobirthing Practitioners :

Ayuni Zainuddin
Madam Soo Wai Han

 

Diharapkan perkongsian Hypnobirthing Teknik Bersalin Tanpa Sakit ini bermanfaat. Sila share kepada famili dan rakan-rakan. Sebarkan kebaikan 😉

 

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY