SHARE

Hari ini kemas almari baju. Isteri dah bising banyak sangat tshirt lama yang disimpan yang tidak lagi dipakai. Masalahnya bila nak buang, rasa sayang sebab ada antara tshirt itu yang banyak menyimpan kenangan.

Kalau korang pula bagaimana. Biasanya tshirt atau pakaian lama ini buat apa?. Buang atau berikan pada orang?.

Terbaca pula di WonderHowTo, beberapa alternatif lain yang mungkin dapat membantu seperti yang dikongsikan oleh Yumi Sakugawa ini. Saya highlight-kan beberapa idea yang saya suka.

Cara Kreatif Guna Semula Tshirt Lama

Jadikan Kain buruk / kain lap  Okay yang ini kita biasa buat. Potong sedikit cebisan kain dalam bentuk segiempat dan boleh mula gunakan sebagai kain lap.

Pengikat rambut ketika bersenam Tak perlu beli pengikat rambut. Potongkan saja tshirt dan wallaa.. pengikat rambut percuma.

Bingkai Dinding Untuk tshirt yang ada nilai nostalgia sangat sesuai buat macam ini.

Beg Tote  Idea ini sangat menarik. Cantik dan unik. Cara-kreatif-guna-semula-tshirt-lama Sumber : Yumi Sakugawa

 

Jadi dah dapat idea untuk buat apa dengan tshirt lama?

 

 

Dalam masa yang sama,  check it out cara ‘simple‘ lipat baju. Semudah 1.. 2.. 3..

 

SHARE
Next article7 Cara Mudah Lifehack Kereta

merupakan seorang penulis dan pelari tegar yang gembira 2016 telah berakhir. Masa untuk kejar impian baru !

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY