SHARE

Kebanyakan orang akan bergantung pada tarikh luput pada bekas telur untuk mengetahui sama ada telur tersebut masih elok dimakan atau tidak. Jika anda merupakan salah seorang yang buat begitu, sila berhenti – sebab tidak semestinya!.

Telur kebiasaannya masih elok dimakan walaupun sudah melangkaui tarikh luput. Jika anda nak uji, ada beberapa cara boleh digunakan.

Bagaimana Nak Tahu Telur Masih Elok Dimakan?

Ujian Terapung

Isikan mangkuk atau bekas dengan air. Jika telur itu tenggelam ke dasar dan baring ke sisi, ini menunjukkan telur itu segar (masih baru).

Jika telur tersebut tenggelam ke dasar bekas dalam keadaan menegak, bermakna ia berusia beberapa minggu tetapi masih boleh dimakan.

Namun jika telur itu timbul ke permukaan air, elakkan dari makan telur itu kerana ia tidak lagi sesuai dimakan.

 BACA JUGA : Teknik Kupas Telur Rebus Dengan Segelas Air

Imej : Yumi
Imej : Yumi

Mengapa Ujian Terapung Berkesan?

Sebab mengapa cara ini sangat berkesan adalah kerana kulit telur mempunyai liang-liang halus. Ini memberi ruang untuk udara masuk kedalamnya. Telur yang segar mempunyai udara yang kurang, jadi ia tenggelam ke dasar. Telur yang telah lama pula mempunyai lebih masa untuk udara masuk, jadi ia mudah timbul.

Tahu tak cara lain untuk uji sama ada telur masih elok dimakan?. Kongsi cara anda diruangan komen.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY