SHARE

Aku mula merokok pada usia 13 tahun. Aku ingat lagi masa itu cuti akhir tahun nak masuk tingkatan 2. Aku dan abang saudaraku lepak atas bukit belakang rumah.

Mula hisap atas dasar mahu mencuba. Terbatuk-batuk aku bila asap rokok memasuki kerongkong. “Takde la sedap pun hisap rokok ni. Kenapa la orang hisap rokok?”, soalku dalam hati. Itulah kali terakhir aku pegang batang rokok.

Selang 2 tahun selepas itu, aku kembali hisap rokok lagi, bersama rakan-rakan hostel. Kali ini no turning back. Aku terus menjadi penghisap rokok tegar selama 14 tahun.

Apa yang membezakan pertama kali aku merokok dengan kali kedua mencuba itu adalah jiwa seorang remaja yang sedang memberontak dan mahu kelihatan cool. Walaupun apa yang dilakukannya menyalahi prinsip hidupnya.

Sampai ketika hari lahirku yang ke 26, aku ‘cuba’ untuk berhenti merokok beberapa kali. Ada yang seminggu, ada yang bertahan sehingga tiga minggu. Namun tiada yang benar-benar berjaya. Kadang-kadang aku mula hisap balik bermula dengan sebatang dua, ada ketika aku beli sekotak dan terus hisap macam biasa.

Masalah dengan kebanyakan perokok, apabila mereka berjaya berhenti untuk tempoh seminggu ke beberapa bulan, mereka cukup yakin dah berjaya hentikan tabiat merokok itu. Hanya kemudian merosakkan kejayaan itu dengan mula menghisap kembali.

Aku melalui fasa ini beberapa tahun. Lama kelamaan baru aku faham, sekali kita dah ketagih terhadap sesuatu, kita akan sentiasa terdedah kepada tabiat itu kembali. Untuk benar-benar berhenti, perlukan keazaman dan komitmen yang tinggi.

Kebanyakan orang gunakan kaedah kurangkan sedikit demi sedikit, sebab percaya untuk melawan ketagihan tidak boleh drastik. Cara ini bukan untuk aku, sebab aku dah cuba tapi tak berjaya. Bagi aku jika benar-benar nak berhenti, gunakan azam itu untuk terus berhenti, bukan dengan hadkan kepada 5 batang rokok sehari.

Sebab itu aku gunakan kaedah berhenti terus.

Kunci utama untuk berhenti merokok adalah mahu berhenti.

Biasanya orang akan kata,

“Aku memang nak berhenti tapi bukan sekarang”

“Aku banyak kerja, stress..”

“Nantilah untuk azam tahun baru 2017, aku akan berhenti hisap rokok”

Semua ini cuma alasan untuk melengahkan proses berhenti.

Nikotin telah menguasai minda separa sedar secara fizikal dan psikologi, membuatkan kita reka alasan untuk tidak berhenti. Kita telah jadi hamba kepada ketagihan rokok.

Macam mana aku atasi masalah ini?. Dengan gunakan psikologi.

Perkara pertama aku buat adalah nampakkan keburukan merokok. Aku mula meletakkan segala masalah dalam hidup terhadap rokok. Setiap kali batuk, aku salahkan rokok. Pancit masa main futsal, aku salahkan rokok. Senang cerita, segala yang negatif disebabkan rokok.

Kedua, aku fikirkan orang-orang yang aku sayangi. Bila aku merokok kesannya bukan saja pada diriku saja malahan orang-orang disekeliling pun kena tempiasnya. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri. Masa aku membesar, abahku memang kuat hisap rokok, hampir 2 kotak sehari. Tabiat merokoknya mungkin antara punca emakku menghidap paru-paru berair (Pneumonia) sebagai Secondhand smoke.

Ketiga, kos yang terpaksa aku tanggung kerana tabiat merokok.

Merokok ini tabiat yang mahal. Lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga rokok setiap tahun. Sebelum aku berhenti pada 2010, secara purata aku belanjakan RM200 sebulan.

Harga Sekotak Rokok 20 Batang

TahunHarga
1980RM 2.50
1990RM 4.70
2000RM 7.50
2007RM 8.20
2008RM 9.00
2009RM 9.30
2010RM 10.00
* Kenaikan harga setiap tahun

 

Selain itu kos lain juga perlu diambil kira :

  • Masa : Berapa lama masa diambil untuk hisap rokok.
  • Kesihatan : Berapa yang perlu dibelanjakan untuk rawatan kesihatan (setiap kali sakit). Sebelum merokok aku jarang sakit.

Sesiapa yang pernah cuba berhenti merokok pasti tahu rasa gian itu akan datang bila kita fikirkan tentang rokok atau bila lihat orang lain merokok. Cuba sibukkan diri dengan kerja atau perkara lain, pasti kita terlupa pasal rokok.

Satu lagi tips, kalau pun nak merokok jangan bawa sekotak, cukup sekadar sebatang saja bagi minimakan gian.

Beberapa minggu pertama semasa proses berhenti memerlukan kekuatan mental yang tinggi. Badan sedang dalam proses menyesuaikan diri. Bila sampai minggu keempat, biasanya sudah jadi mudah. Aku dapat tempuh seharian tanpa rokok, dan juga tanpa keinginan nak merokok.

Berhenti merokok memang aku akui bukan perkara mudah. Perkara yang paling penting ialah kekuatan mental. Kita perlu gunakan psikologi. Kesan fizikal dan sakit yang dilalui semasa proses berhenti tidaklah seteruk mana.

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih

Kini aku dah berjaya berhenti merokok selama lebih kurang 5 tahun. Hampir sama dengan usia perkahwinanku.

Aku dapat rasakan yang badan ini lebih sihat, lebih cergas. Aku sangat seronok dapat lakukan aktiviti endurance yang aku minat seperti berlari dan berbasikal dengan selesa.

Aku tidak akan trade off keadaan sekarang ini dengan masa aku merokok dulu. Syukur kepada Allah kerana diberi kekuatan untuk berubah, kepada yang lebih baik.

Unsplash

7 COMMENTS

  1. tahniah.

    bukan senang tu nak merokok.

    tipsnya memang mudah.

    berhenti terus.

    tapi nak lakukannya tu, itu yang susah nak cakap tuh.

    • Terima kasih En. Titan. Ya memang bukan senang. Lebih mudah cakap dari lakukan. Setiap orang cabarannya berlainan. Tapi kalau dah nekad, pasti boleh 🙂

    • Wa’alaikumsalam.

      Rasa gatal dimulut takde la pula. Macam saya kesan selepas berhenti, lebih kepada rasa tak selesa selepas makan sebab dah jadi rutin mesti nak pekena rokok. Lama-lama kesan tu akan hilang.

  2. Alhamdulillah…dah berjaya berhenti merokok. Tahniah tuan!

    Saya pernah juga la sembang dengan ex-smoker. Bagi dia tak susah sangat nak berhenti..tapi saya rasa maybe dia bukan perokok tegar.. teruskan istiqamah tuan..

LEAVE A REPLY