SHARE

Setiap kali anda buang air kecil (kencing), ada tak perhatikan warna air kencing. Kenapa air kencing kita kadang-kadang warnanya pekat dan pada masa lain kelihatan cerah pula?.

Saya terjumpa satu infographic menarik dari majalah Self tentang makna warna air kencing. Jom baca!

Apa Yang Warna Air Kencing Beritahu Anda?

Apa-Yang-Warna-Air-Kencing-Beritahu-Anda

Cerah/Lutsinar : Ini menunjukkan badan anda cukup air. Ia berlaku akibatĀ anda banyak minum air atau ambil ubat bernama diuretic.

Merah jambu/Merah : Jika anda makan lobak atau blackberries, ada kemungkinanĀ air kencing anda berubah kepada warna merah jambu.

Oren : Badan anda benar-benar kekurangan air dan perlukan air. Ia jua petanda kehadiran bilirubin

Berbuih : Tak kira apa pun warna air kencing anda, jika ia berbuih secara konsisten, jalani pemeriksaan bersama doktor. Ia mungkin menunjukkan ada protein pada air kencing, petanda awal masalah buah pinggang.

Itu dia beberapa petanda atau makna warna air kencing yang perlu kita perhatikan. Kata orang “mencegah itu lebih baik dari merawat”. Ini indikator paling mudah untuk kita perhatikan bagi memelihara kesihatan.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, kongsikan dengan keluarga dan rakan anda di Facebook.

 

2 COMMENTS

  1. Erkkk warna dark pink pun ada, seram nyeee… Tapi memang acara wajib lah check “warna urin” bila dah tua2 nie, takut ada penyakit yg kita tak sedar…

LEAVE A REPLY