SHARE

Plank merupakan salah satu senaman yang paling efektif boleh dilakukan. Ia mudah dilakukan dan tidak memerlukan masa yang lama.

Bagaimana Untuk Buat Senaman Plank

bagaimana-buat-senaman-plank
Sumber gambar : Myfitnesspal
  1. Mulakan dengan posisi plank dengan tangan dan kaki di lantai.
  2. Kekalkan postur badan yang tegak dari telinga ke kaki tanpa bengkok.
  3. Rilekskan leher dan kepala pandang ke bawah (lantai).
  4. Mulai posisi plank dengan kiraan 10 saat. Secara perlahan tingkatkan jumlah masa kepada 30, 44 dan 60 saat.

Posisi Plank Yang Betul

posisi plank yang sempurna
Sumber gambar : Idealshape

Apa Yang Berlaku Apabila Anda Lakukan Plank Setiap Hari

 

(1) Anda akan tingkatkan core strength badan

Plank merupakan senaman yang sangat ideal untuk otot perut kerana ia menggunakan kesemua kumpulan otot utama.

Antara otot yang bakal terima manfaat adalah :

Glutes : menyokong tulang belakang dan membentuk pinggul yang menarik.

Tranverse abdominis : meningkatkan kekuatan untuk angkat berat.

Rectus abdominis : Otot ini penting untuk mereka yang mahukan perut ‘six pack’. Juga bertanggungjawab memperbaiki prestasi sukan, terutama yang melibatkan lompatan.

Oblique muscles : menstabilkan sisi perut dan pusingan pinggang.

 

(2) Kurangkan risiko kecederaan belakang

Buat plank dengan kerap akan menguatkan otot dan memastikan sokongan yang bagus untuk keseluruhan belakang, seterusnya mengurangkan sakit belakang.

 

(3) Anda akan alami peningkatan metabolisme

Plank merupakan cara terbaik untuk cabar keseluruhan badan kerana apabila dilakukan setiap hari ia akan bakar lebih banyak kalori berbanding sit up atau crunch.

Dengan melakukan senaman ini selama 10 saat ke 1 minit, ia akan meningkatkan kadar metabolisme dan juga memastikan ia kekal tinggi sepanjang hari.

 

(4) Memperbaiki postur badan 

Senaman plank memperbaiki badan untuk diri tegak dan stabil. Apabila teras (core) badan anda telah diperkuatkan, anda akan mampu untuk kekalkan postur yang betul sepanjang masa. Ini kerana otot perut akan beri kesan keatas tengkuk, bahu, dada dan belakang.

 

(5) Anda akan perbaiki keseimbangan badan

Pernah tak anda cuba berdiri satu kaki tapi sukar seimbangkan badan?. Ini berlaku kerana otot perut anda tidak cukup kuat untuk bantu seimbangkan badan.

Anda boleh kuatkan otot ini dengan lakukan plank dan side plank dengan kerap.

 

Banyak juga manfaat apabila anda lakukan plank setiap hari. Sekarang apa yang tinggal hanyalah untuk anda praktikkan senaman plank.

Ini apa yang anda boleh lakukan dalam hanya 5 minit setiap hari (jadikan ia rutin).

senaman plank 5 minit

lifehack, idealshape, myfitnesspal

Suka artikel ini?. Kongsikan dengan famili dan rakan.

2 COMMENTS

  1. Hihu, plank memang susah kalau baru nak mulakan. Bila dah selalu buat rasa cam kacang je. Menggigil otot semua. Saya akan cuba buat nk sebagai rutin. Boleh hilang kebongkokan ku ini.

LEAVE A REPLY