SHARE

Ramai orang yang beranggapan untuk kuasai bahasa asing bukanlah satu perkara mudah. Lebih-lebih lagi, untuk kuasai bahasa tersebut dalam masa hanya satu minggu.

Namun itulah yang berjaya dilakukan pasangan adik-beradik kembar ini. Dalam video dibawah, Matthew dan Michael Youlden, menunjukkan bagaimana mereka mengambil masa belajar bahasa Turki dalam tempoh waktu hanya seminggu. Mereka meluangkan 12 jam setiap hari untuk belajar dan hasilnya berjaya kuasai dalam hanya 7 hari.

Bagaimana Mereka Lakukannya?.

1. Tetapkan Matlamat

Pasangan kembar ini menguji diri dengan berazam untuk kuasai bahasa Turki dalam masa seminggu. Mereka menetapkan matlamat dan mula merancang strategi untuk berjaya.

2. Gunakan Sticky Note

Perkara pertama yang mereka buat adalah meletakkan sticky note pada setiap perabot di pangsapuri. Setiap satu dilabel dengan perkataan Turki. Cara ini sememangnya berkesan kerana tidak ada satu minit pun ketika dirumah yang mana mereka tidak lihat perkataan dalam bahasa Turki.

sticky note

3. Belajar secara berpasangan

Orang kata berdua itu lebih baik. Hehe. Bukan apa, bahasa melibatkan komunikasi dan tiada cara yang lebih baik dari menggunakan komunikasi dua hala. Apabila ada pasangan, kita akan lebih bersemangat untuk belajar. Kita boleh adakan persaingan sihat dan tentu lebih bagus adanya seseorang untuk menegur bila kita malas belajar.

4. Praktikkan Dalam Keadaan Sebenar

Pasangan kembar ini cuba praktikkan apa yang sudah dipelajari dengan ke pasar. Mereka berjaya beli buah untuk dibawa balik.

 BACA JUGA : Bagaimana Untuk Kira Sehingga 20 Dalam Bahasa Perancis

5. Selami Segala Yang Berkaitan Dengan Bahasa Tersebut

Cari jalan untuk kaitkan dengan apa yang dipelajari. Tonton filem, dengar muzik ataupun makan makanan yang sinonim dengan bahasa tersebut. Selami budaya bahasa yang ingin dikuasai.

belajar segala tentang bahasa

6. Gunakan apa yang telah dipelajari  

Cari persamaan bahasa yang sedang dipelajari dengan bahasa ibunda kita. Contohnya apabila menyusun ayat, kemungkinan ada beberapa perkataan itu bunyinya seakan bahasa asal. Gunakan ia dan ini akan memudahkan kita untuk ingat.

7. Pelbagaikan Cara

Belajar bahasa ini tidak terhad dengan hanya satu cara. Terdapat bermacam cara. Selain dari belajar dari buku dan aplikasi telefon. Pasangan kembar ini juga mempraktikkan bahasa dengan mendengar stesen radio Turki dan membaca tentang bola sepak Turki di laman web.

Pasangan kembar ini dah buktikan yang belajar bahasa ini tidak susah. Walaupun begitu, untuk menguasai sesuatu bahasa dalam hanya seminggu memerlukan displin dan kemahuan yang kuat.

Cuba anda praktikkan 7 Trik Belajar Apa-apa Bahasa Dalam Satu Minggu ini dan kongsikan hasilnya dibahagian komen dibawah.

 Sumber : Babbel

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY