SHARE

Berdasarkan apa yang saya lalui, ini 7 cara untuk hidup ringkas :

1. Kurangkan Beli Barang – Terlalu banyak memiliki barang atau gajet akan menyusahkan diri. Ia akan membazirkan masa, wang ringgit dan perhatian kita terhadap perkara lain yang lebih penting.

handphone asas

#TIPS :

Dapatkan handphone dengan fungsi asas

Memang sebenarnya agak susah untuk hidup tanpa smartphone. Masa handphone saya rosak tempoh hari. Saya bertukar ke phone spare yang tiada kemudahan internet. Pada mulanya memang ambil masa untuk adjust tetapi lama kelamaan saya rasa hidup lebih tenang. Tiada whatsapp group masuk. Tiada notifikasi email.

 BACA JUGA :Tips dan Trick Handphone Yang Awesome

2. Potong TV Kabel – Kebanyakan orang membelanjakan lebih RM100 untuk yuran bulanan TV Kabel. Walaupun mempunyai lebih 100 channel, rata-rata dari kita cuma tonton beberapa channel kegemaran saja. Apa kata bertukar ke servis streaming. Bayangkan berapa banyak anda dapat jimat bila tidak lagi perlu melanggan.

3. Jauhi kad kredit – Pakai kad kredit ni memang seronok. Ia beri peluang untuk beli barang yang kita tidak mampu dan bayar pada masa lain. Masalahnya apabila kita tidak bayar penuh pada masa yang ditetapkan. Hanya beli barang yang kita mampu dan kita tidak lagi risau cukup atau tidak duit gaji setiap bulan.

jauhi kad kredit

4. Kemas rumah – Bila kemas semula rumah mesti kita akan jumpa barang yang tidak lagi digunakan. Barang-barang ini kita boleh dermakan ataupun jual sebagai barang terpakai atau preloved. Antara website yang boleh digunakan adalah Carousell dan Shopping Kaki. Dapatlah tambah pendapatan kan?.

5. Hindari dari perbelanjaan yang tidak perlu – Jika anda melanggan keahlian Gim dan banyak lagi servis bulanan yang memerlukan komitmen kewangan yang tinggi, sekarang masa yang baik untuk anda hentikannya. Ramai yang cas yuran bulanan pada kad kredit tanpa menyedari jumlah sebenar dibelanjakan.

Ada banyak cara lain untuk menggantikan semua ini tanpa perlu membayar apa-apa. Contohnya keahlian gimnasium boleh digantikan dengan bersenam di taman rekreasi yang mana PERCUMA.

6. Catit perbelanjaan anda – Perhatikan kembali segala perbelanjaan anda. Cari mana-mana ruang yang boleh dikurangkan atau dipotong agar tidak membazir pada perkara yang tidak perlu. Mungkin anda tidak perlukan kereta kedua jika anda boleh pergi kerja menggunakan pengangkutan awam. Duit yang sepatutnya dibelanjakan untuk kereta kedua tadi dapat dijimatkan.

7. Gunakan masa sebaiknya – Cuba tengok berapa lama masa yang diambil untuk anda buat sesuatu kerja. Cari jalan untuk jimatkan masa. Perkara paling kita tak nak adalah membazirkan masa untuk sesuatu yang tidak berfaedah.

Masa dan wang adalah dua komoditi penting dalam hidup manusia. Apabila hidup kita makin ringkas, kedua-dua komoditi ini secara tidak langsung juga akan bertambah. Inilah faedah hidup ringkas.

Yang bagusnya, kita mempunyai pilihan. Hidup sentiasa berkisar dengan pilihan. Buatlah pilihan yang bijak. Hidup ringkas mungkin pilihan terbaik yang anda bakal buat 🙂

Selain dari point diatas, baca bagaimana untuk anda mula dengan langkah pertama untuk hidup ringkas

Jadi point mana yang paling susah untuk anda buat?. Tinggalkan di ruangan komen dan kongsi pendapat anda.

4 COMMENTS

  1. Sangat terkesan. Saya sedang mencuba untuk melakukan semua tips di atas terutamanya kredit card. Dan cuba untuk tidak makan diluar, yang kadangkala mwncecah rm10-15 sekali makan.

LEAVE A REPLY