SHARE

Sekarang ini cuaca memang sangat panas, walaupun ketika berada dalam rumah. Solusi paling mudah ketika cuaca panas ini adalah dengan pasang penghawa dingin di rumah (P/S : sebab itu jualan penghawa dingin sedang meningkat mendadak ketika ini). Namun bagi yang ingin berjimat atau kurang mampu, ada beberapa cara untuk atasi masalah cuaca panas dirumah.

 

Minum air secukupnya

minum air
Imej : Quotesgram

Ini bermakna anda harus minum air lebih dari kebiasaan. Jika anda berterusan peluh, minum minuman yang mengandungi electrolyte seperti Gatorade. Bagi mengelakkan dehidrasi, minum air secukupnya sebelum haus.

Gunakan kuasa air

kuasa air
Imej : Bobvila

Air sinonim dengan sejuk. Bila rasa panas, mandi atau basahkan badan dengan tuala basah untuk segarkan badan. Ambil baldi dan rendamkan kaki. Sediakan spray dengan air sejuk, setiap kali panas spray saja.

Buat Penghawa Dingin Sendiri

Atau kalau anda malas nak bersusah payah buat penghawa dingin DIY seperti diatas, buat  saja yang macam ni.

aircond DIY
Imej : Greatist

Posisikan cawan atau mangkuk penuh dengan ais dihadapan kipas. Udara sejuk daripada ais yang cair itu akan menghasilkan angin sejuk. Nyaman!.

Halakan kipas ke luar tingkap

Selain itu, jika anda ada kipas meja atau kipas berdiri lebih, gunakan ia dengan halakan ke luar tingkap. Ini akan menarik haba panas keluar dari bilik.

Nak lagi best, adjust kipas siling melawan arah jam untuk menarik udara panas ke atas, bukannya menyebarkan ke serata bilik.

Pakai pakaian daripada kapas

pakaian kapas
Imej : Pexels

Kapas tidak memerangkap haba dan bagus dalam pengudaraan. Memang sangat sesuai dipakai ketika cuaca panas. Okay juga jika pakai material jersi. Elakkan dari memakai polyster, ia tidak mempunyai pengudaraan yang bagus. Pakai warna yang cerah juga membantu.

Begitu juga dengan sarung bantal dan cadar katil

Gunakan cadar berwarna cerah dan diperbuat dari kapas.

# Tips Bonus : Masukkan cadar kedalam peti sejuk. Jangan lupa balut cadar dengan plastik. Nanti basah dan berbau masam pula.

Tutup langsir tingkap ketika siang

Tutup langsir pada waktu siang memang satu idea yang baik. Ini kerana ia menghalang cahaya matahari masuk ke dalam bilik atau rumah.

Tutup lampu

Lampu walaupun yang mesra alam mengeluarkan haba yang panas. Gunakan sumber cahaya semula jadi untuk pencahayaan.

Anda ada cara lain yang hendak dikongsikan?. Tulis di ruangan komen dibawah.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY