SHARE

Melancong merupakan satu pengalaman yang hebat. Namun bila berlaku insiden dimana ada barang yang tertinggal  atau ada perkara penting yang lupa dilakukan, ia akan mempengaruhi keseronokan perjalanan kita itu.

Biasalah dalam keterujaan hendak melancong, ada saja yang terlupa.

Disenaraikan dibawah ini beberapa perkara anda mungkin lupa sebelum melancong. Mana tahu boleh dijadikan peringatan agar tidak lupa.

Buat checklist senarai barang yang perlu dibawa dan periksa semula

1. Buat checklist senarai barang yang perlu dibawa dan periksa semula. Baik anda periksa semula senarai barang yang akan dibawa, takut ada pula yang tertinggal nanti. Senarai ni termasuk duit, ubat, jadual perjalanan, nombor konformasi hotel, nombor telefon kecemasan, charger, passport, tiket dan lain-lain.

2. Bayar bil sebelum bertolak. Jangan pula sebab teruja nak pergi melancong sampai terlupa bayar bil penting. Selesaikan dahulu segala bayaran bil sebelum bertolak.

Susun semula dompet dan buang benda yang tak perlu

 

3. Susun semula dompet dan keluarkan benda yang tak perlu. Dompet kita memang selalu penuh dengan bermacam benda seperti resit, kad ATM, kad bisnes, kad perubatan. Keluarkan dan hanya bawa mata wang negara yang dikunjungi, kad kredit dan kad insurans.

4. Buat salinan dokumen penting. Pastikan anda buat salinan passport dan kad kredit yang dibawa, mana tahu jika hilang masa disana nanti. Bawa dalam bentuk salinan kertas atau pun jika nak mudah simpan didalam Evernote atau email.

5. Telefon bank. Maklumkan bank yang anda akan ke luar Negara. Jadi mereka akan sedia maklum jika ada sebarang transaksi di luar negara.

6. Buat automated email reply. Ingat untuk buat automated email reply untuk maklumkan sesiapa yang email, anda tidak kerja dan berada di luar kawasan.

Kemas kini kalendar

 

7. Kemas kini kalendar. Semak semula temujanji, jika ada yang bertindih dengan tarikh perjalanan anda, susun semula ke tarikh lain.

BACA JUGA  7 Trik Belajar Apa-apa Bahasa (Dalam Satu Minggu)

8. Kemas peti sejuk dan buang sampah. Bersihkan peti sejuk dari bahan makanan mudah rosak. Buang sampah agar rumah bersih dan berbau segar.

9. Basuh cadar dan pakaian. Sebelum melancong, basuh pakaian agar rumah tidak berbau. Ramai yang tidak terfikir untuk basuh cadar sebelum bertolak, tetapi tiada yang lebih baik dari tidur di katil yang bersih apabila balik dari perjalanan yang memenatkan.

Tutup dan cabut segala peralatan elektrik

 

10. Tutup dan cabut segala peralatan elektrik. Sebelum anda keluar rumah, periksa seluruh rumah dan pastikan semua peralatan elektrik ditutup dan plug-nya dicabut. Pastikan juga semua tingkap dan pintu dikunci dan ditutup rapi.

11. Pek charger dan charge peralatan elektronik sehingga bateri penuh. Kita selalu terlupa bawa charger semasa melancong dan ini akan menyusahkan sebab kena beli charger baru. Pastikan semua peralatan atau gadget elektronik di-charge penuh agar dapat bertahan sehingga sampai ke hotel.

12. Letak segala bahan cecair dalam beg plastik. Pastikan anda simpan bahan cecair seperti minyak kapak atau kosmetik disimpan di dalam beg plastik bagi mengelakkan dari dirampas pihak kastam.

13. Bawa bahan bacaan. Bagi isi masa terluang semasa menunggu elok bawa bahan bacaan seperti novel atau majalah dari rumah supaya tak bosan. Jika beli di airport mahal.

Sudah baca artikel diatas?. Terima kasih diucapkan.

Perkara diatas pernah berlaku pada anda tak?. Apa kata kongsikan pengalaman anda diruangan komen.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY